Saturday, 9 June 2012

Again


Assalamualaikum.

Memang sejak post 'Selamat Tinggal' tu, aku memang tinggalkan blog aku ni betul2 jugak. Lama jugak aku tak bukak. Sampai aku lupa password blog ni. Okay, actually aku tak tahu nak cerita ape ponn. Okay laa bye, saje mensyafap kat sini. Assalamualaikum.

Besok aku nak balik asrama dah. BOSAN betul :O

p/s memang aku betol2 kekeringan idea ni.
Thanks for reading .

Monday, 6 February 2012

Selamat Tinggal :G


Okay, besok aku dah nak gerak pergi Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (KUSTECH) dah. Aku dah berhenti Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang (SEMEKAR). Hari terakhir aku dekat sekolah tu ialah hari Jumaat. Actually, masa permohonan yang pertama dekat sekolah teknik tu tak dapat pon. Then, bila aku buat rayuan, akhirnya aku dapat. Plus, sebenarnya aku buat rayuan dengan Ain Natasha. Tapi, rezeki dia bukan dekat sekolah tu and bukan dengan aku. Kau jangan sedih tau Ain.

Masa last day sekolah, budak form 3 last year ade buat Majlis Graduasi. Maksudnya, tahun aku laa. So, semua budak form 3 *yang bayar* kena pakai jubah, then naik pentas, then ambil sijil *fail kosong untuk isi sijil actually* and ambil gambar ramai2. Bawah ni ade beberapa gambar terakhir aku dengan budak SEMEKAR :D



Kelakarnyaa muka aku :)






Okay, ni time aku pakai tudung yang penuh dengan signature kawan2. Kelakarnyaa :D




Tudung yang penuh dengan signature kawan2 :D

Okay, sekarang tukar ke dalam kawasan kelas pulak. Ngehehe :D Dorang ni semua classmates aku yang terakhir dekat SEMEKAR. Kelas 4 Melati ♥





Sorry to all my classmates sebab kite sempat rapat sekejap je :) Okay, dekat bawah ni dengan geng aku pulak. Dorang semua ajak pergi makan KFC ramai2 sebelum berpisah dengan aku, Najihah and Aireen.





Tamat sudah penyiaran gambar2 aku dan kawan2 rapat.

Guys, walaupon aku pindah sekolah tak bermakna aku lupakan korang. Aku tak pindah rumah la doe. So, jangan la korang sedih2. Kite boleh jumpe jugak nanti. Tau tau :S Doakan aku supaya aku berjaya kat sekolah teknik tu nanti yaaa :D  Semoga persahabatan kite semua kekal hingga ke akhir hayat. E.L.F ♥ Assalamualaikum :)


Thanks for reading .

Tuesday, 27 December 2011

Count On Me :)


Salam. Lama tak update. Okay, aku tak kesah sangat pon dengan Blog ni. #Ayat aku agak kurang ajar :) Okay, sekolah dah nak start dah next week. So, meaning here, school holiday is over. Pasal result PMR aku, aku sedih la jugak, sebab aku tak dapat seperti mana yang aku harapkan. Result aku 3A 5B. Tapi, aku bersyukur jugak sebab, aku still ade A dan aku takde C and D. One more thing, aku lagi la terkejut beruk bila dapat tahu Scn dengan Math aku dapat A, selain daripada Bm. Wooo, tak percaya siot. Okay, sorry la kalau aku ni 'riak'. #Haha, ayat yang sungguh poyo. Oookay, done. Sini je laa, aku post blog :) Bye2, salam.


Gambar ni maybe tengah menunjukkan aku tengah memikirkan masa depan :D

Thanks for reading .

Saturday, 26 November 2011

Hello :)


Salam. Hahaa, aku update blog suke hati aku je. Bukan ade orang  nak baca pon. Dah 2 minggu cuti sekolah, tapi still tak pergi mane-mane pon. Sekarang dekat rumah tinggal aku dengan kakak aku 2 beradik je. Best gilaa !

Buat budak lelaki tu, dah seminggu lebih tak msg aku. And then, tibe2 msg aku and buat macam takde ape-ape yang berlaku. Terima kasih tau. Sekarang tak msg aku balik. Aku benci kau. Hahaha :D

Okay, dah laa. Aku tak tahu nak cakap ape. Salam :)


Mane boleh dapat seluar plus kasut ni ? *Memang gambar ni takde kene mengena*


Thanks for reading .

Thursday, 17 November 2011

Cerita Kawan Saya :D


Assalamualaikum, hari ni bosan betol kan. Aku dah tak tahu nak buat ape kat rumah ni. Nak main msg, tapi takde orang nak msg aku pon. Lelaki tu pon dah 3 hari tak msg aku. Aku tak tahu laa ape masalah dia. Nak online FB, tapi makin lama makin bosan adelah.

OKAY, HARI NI AKU NAK CERITA PASAL BEST FRIEND AKU. AKU DAH CAKAP HARI TU KAN #MACAM ADE ORANG JE YANG BACA BLOG AKU NI :D

Okay, hari ni aku nak cerita pasal Ain. Nama full dia Ain Natasha Binti Badrul Hisham. Sedap tak nama dia ? Nama dia memang sedap. Ain kau jangan bangga, ngehehe :D Tarikh lahir 6 March 1996. Aku kenal dia mase form 1. Mase kelas Mawar aku tak berape nak kenal dia pon. Then, aku naik satu van dengan dia. Aku pon berani kan diri cakap dengan dia. Aku suruh dia tunggu aku masa balik. Nak tahu kenapa aku tiba2 je suruh dia tunggu aku ? Sebab mase first day aku naik van, time tu nak balik sekolah. Aku tak jumpe van aku. Then, aku terus je balik jalan kaki. Dah la tak kenal sape2 kat situ. Budak baru kat Rawang lah katakan :D So, besok harinya aku suruh la Ain tunggu aku mase balik sebab tak nak balik jalan kaki lagi. Tapi, time tu aku still tak berani nak cakap dengan dia sebenarnya. Beberapa hari lepas tu, aku kena tukar kelas sebab
rombakan. Ain pon sekali kena tukar kelas. Kiteorang masuk kelas Melati. So, kiteorang masing2 cadang nak duduk sekali la.

Dalam kelas Melati, aku memang laa teramat rapat dengan dia. Lagi2 bila aku dapat tahu yang dia tu 'anak sedara' aku. Hahaa, aku memang tak dapat nak bayangkan sebenarnya. Aku ade anak sedara yang umur sebaya. Pelik betol weh. Lagi2 kawan baik pulak tu. Aku memang asyik gaduh je laa dengan dia. Dia pon layan, hehe :D Aku sekelas dengan dia sampai form 3. Tapi, lama2 aku yang kene tukar kelas. Sedih wehh :'( Tapi, aku still best friends dengan dia. Mane taknyaa. Balik sekolah dengan dia, sebab satu van. Rumah dekat pulak tu. Satu blok lagi. Memang hari2 jumpa laa kan. Kadang2 kiteorang lepak waktu petang kat taman. Memang dah macam kakak aku dah dia tu. Sayang kau Ain <3

Okay, aku ade ucapan sikit ni. Ain, aku harap kita akan kekal berkawan sampai bila2. Tak boleh weh takde kau. Kau je yang selalu dengar problem aku. Battery phone pon kau bagi aku pinjam. Hehe :D Okay, sikit je ucapan aku ni. Nanti aku jumpe kau, aku membebel panjang2 eh. Ngehehe :D



MAKSU SAYANG KAU, AIN <3

#Okay done. Kepada best friends yang lain, korang jangan risau. Nanti aku akan post pasal korang jugak. Tapi bukan sekarang la. Hari lain okay, peace (Y) :D
Thanks for reading .

Tuesday, 15 November 2011

Budak sekolah :D


Assalamualaikum. Hai, nama aku Ida Syamiza Binti Khalid. Umur aku 15 tahun sekarang. Okay, aku ade 7 orang ahli keluarga. Ayah aku, Khalid Bin Mohd Shah. Ibu aku, Harine Binti Ismail. Adik beradik aku ade 5 orang termasuklah aku. 3 perempuan, 3 lelaki. Okay, yang first kakak aku. Lela Nadia. Kedua, Muhammad Sufian. Ketiga, Nur Hani. Yang keempat abang aku, Muhammad Safwan. Dan yang terakhirnya aku lah. Hahaa, adik beradik aku selang perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan balik. Ngehehe, sibuk je aku nak bagitahu :)

Okay, aku tinggal di Rawang. Aku baru je tinggal kat sini lebih kurang 3 tahun la jugak. Sebelum ni aku tinggal dekat Selayang. Aku sekolah dekat SMK Rawang. Mase form 1 aku masuk kelas 1 Mawar. Then, ade rombakan aku tukar kelas. Aku masuk Kelas 1 Melati. Kelas tu boleh kira untuk budak2 pandai la jugak. Mase form 2 pulak, aku stay kelas Melati lagi. Hehe, aku suka gila :D Masuk form 3 pulak, mula2 aku masuk kelas Melati jugak. Then, bulan 3 or 4 ade rombakan lagi. Aku terus masuk kelas Anggerik. Kelas first tu weh ! Aku memang terkejut la kan mase cikgu sebut nama aku. Aku ingat kawan aku 2 or 3 orang je yang naik kelas. Aku dah puji2 kawan aku mase tu kot. Aku cakap nanti jangan lupakan budak Melati. Perghh, last2 aku nama aku pon kene sebut. Allah je paham perasaan aku time tu. Patutlah pagi2 nak pergi sekolah rasa semacam je hari tu. Aku ni mane lah pandai. Aku rasa yang aku ni macam tak layak je sebenarnya masuk kelas tu :/ Okay, kawan2 dari kelas Melati yang dapat masuk kelas Anggerik ialah aku, Farahana, Musfirah and Aiman. Sikit je sebenarnya.

Dalam kelas Anggerik, mase first time masuk memang dah rasa macam2 dah. Takut dengan cikgu dorang. Semuanya straight dorang cakap. Bila pandang muka budak2 kelas tu lagi la aku pikir macam2. Yelaa, ramai orang cakap yang dorang ni berlagak je lebih. Okay, benda yang aku cakap memang betol pon sebenarnya. Hehe, budak2 Anggerik jangan marah eh. Mula2, aku dengan kawan2 aku yang dari kelas Melati ni macam kene pulau je kiteorang rasa. Lagi2, bila Musfirah pon pergi pindah sekolah SMK Ideal Height. Sekolah tu yang sepatutnya aku sekolah dulu sebab sekolah tu dekat Selayang. Tapi aku kan pindah. Okay, berbalik kepada cerita asal. Lama2, kiteorang bertiga dah biase dah dekat kelas tu. Sebab kelas tu sebenarnya ade kawan2 lama kiteorang. Aiman rapat dengan kawan2 lama kiteorang dan Ashwan. Farahana rapat dengan geng budak perempuan kelas tu. Aku ? Aku rapat dengan semua orang dalam kelas tu. Cewah, perasan bagos je aku ni :D Tapi memang betol pon. Dalam kelas tu semua aku tegur. Buat2 tak malu je. Aku nak kawan kot. Tapi, aku paling rapat dengan Farahana, Rosnani, Aiman, Ashwan, Zulfiqar, Erica, Barathy dan Arvin la. Dengan budak lelaki dalam kelas tu semua aku rapat. Dorang tu suka buli aku. Mana tak rapatnya kan. Dah hari2 ejek aku, aku bengang la. Then lama2 aku jadi rapat dengan dorang. Dalam kelas Anggerik ni aku sebenarnya banyak luangkan masa dengan budak lelaki, Rosnani dengan Farahana je. Geng budak perempuan tu aku tak berapa rapat la. Aku rasa tak ngam je. Hehe, dah la tu.

Okay, kalau untuk pelajaran. Aku sebenarnya makin malas belajar sejak masuk kelas Anggerik ni. Aku pon tak tahu kenapa. Sepatutnya kalau masuk kelas first mestilah lagi rajin kan ? Ni aku tak, memang dah terbalik sebenarnya. Kerja rumah aku tak semua siap pon. Dah la aku nak PMR tahun ni. Tapi, time belajar aku tumpukan perhatian. Memang masuk la kadang2. Tapi,bab buat homework, ish2, tak pernah yang siap weh. Okay, aku bagitahu benda yang memalukan diri aku. Farahana pulak makin rajin. Yelaa, dia kan rapat dengan geng budak perempuan. Mestilah kene rajin. Tapi dia memang bagos betol la. Lain betol dia sejak masuk kelas Anggerik. Makin rajin, makin pandai weh, and makin baik dengan aku. Sayang kau Farahana <3 And budak2 kelas Anggerik tu ade jugak yang tolong aku dalam pelajaran kalau kau tak tahu. Dorang tak kedekut ilmu. Tu yang aku suka pasal dorang :D Kepada guru kelas, Pn. Lalitha dan cikgu2 yang lain. Terima kasih kerana sudi memberikan ilmu kepada saya. Sayang cikgu <3

OKAY, AKU TERTINGGAL SEORANG LAGI KAWAN AKU. MUHAMMAD NAQIUDDIN FARHAN, THANKS SEBAB SUDI KAWAN DENGAN AKU. KAU LA KAWAN YANG AKU TAKKAN LUPA. KAU LAH KAWAN PALING KURANG AJAR PERNAH AKU JUMPE. APE2 PON, KAU RAPAT DENGAN AKU.AKU SAYANG KAU SEBAGAI KAWAN. #OKAY, PENGAKUAN BERANI MATI NI. MALU LA PULAK --' HEHE :D

Sebenarnya, aku tertinggal lagi seorang 'anak imam' :D Salah satu perasaan macam2 yang aku rasa mase masuk kelas Anggerik tu ialah disebabkan oleh dia. Okay, aku ade kes la dengan dia dulu. Okay, aku memang banyak kali kene bahan dengan budak ni dalam kelas. Dia memang kurang ajar. Dia memang suka malukan aku. Okay, dah. Cerita pasal dia ditutup disini.

Dan, PMR pon dah lepas. Tengah tunggu result je sekarang. Sekolah pon dah habis :D


#Hari ni aku nak cerita pasal aku dan kelas2 sahaja :) Sorry la kalau panjang 'lebar kebawah' sangat.
Nanti aku cerita pasal Best Friends pulak okay :D


Thanks for reading .

Monday, 14 November 2011

Layan :)




Okay, malam tadi aku sedih kejap. Pagi tadi terus cari lagu ni. Lagu ni memang sedap. Lama aku tak dengar. Lagu ni memang ade banyak makna. Lagi - lagi bila Pixie Lott yang nyanyi. Kalau aku yang nyanyi mesti lagi BERMAKNA kot. Ngehehe :D





Thanks for reading .

Heyy !


Blog baru ni . Okay continue edit :)


Freezer magnet buatan aku dan kakak aku time bosan :D


Thanks for reading .

UP !