Tuesday, 15 November 2011

Budak sekolah :D


Assalamualaikum. Hai, nama aku Ida Syamiza Binti Khalid. Umur aku 15 tahun sekarang. Okay, aku ade 7 orang ahli keluarga. Ayah aku, Khalid Bin Mohd Shah. Ibu aku, Harine Binti Ismail. Adik beradik aku ade 5 orang termasuklah aku. 3 perempuan, 3 lelaki. Okay, yang first kakak aku. Lela Nadia. Kedua, Muhammad Sufian. Ketiga, Nur Hani. Yang keempat abang aku, Muhammad Safwan. Dan yang terakhirnya aku lah. Hahaa, adik beradik aku selang perempuan, lelaki, perempuan, lelaki, perempuan balik. Ngehehe, sibuk je aku nak bagitahu :)

Okay, aku tinggal di Rawang. Aku baru je tinggal kat sini lebih kurang 3 tahun la jugak. Sebelum ni aku tinggal dekat Selayang. Aku sekolah dekat SMK Rawang. Mase form 1 aku masuk kelas 1 Mawar. Then, ade rombakan aku tukar kelas. Aku masuk Kelas 1 Melati. Kelas tu boleh kira untuk budak2 pandai la jugak. Mase form 2 pulak, aku stay kelas Melati lagi. Hehe, aku suka gila :D Masuk form 3 pulak, mula2 aku masuk kelas Melati jugak. Then, bulan 3 or 4 ade rombakan lagi. Aku terus masuk kelas Anggerik. Kelas first tu weh ! Aku memang terkejut la kan mase cikgu sebut nama aku. Aku ingat kawan aku 2 or 3 orang je yang naik kelas. Aku dah puji2 kawan aku mase tu kot. Aku cakap nanti jangan lupakan budak Melati. Perghh, last2 aku nama aku pon kene sebut. Allah je paham perasaan aku time tu. Patutlah pagi2 nak pergi sekolah rasa semacam je hari tu. Aku ni mane lah pandai. Aku rasa yang aku ni macam tak layak je sebenarnya masuk kelas tu :/ Okay, kawan2 dari kelas Melati yang dapat masuk kelas Anggerik ialah aku, Farahana, Musfirah and Aiman. Sikit je sebenarnya.

Dalam kelas Anggerik, mase first time masuk memang dah rasa macam2 dah. Takut dengan cikgu dorang. Semuanya straight dorang cakap. Bila pandang muka budak2 kelas tu lagi la aku pikir macam2. Yelaa, ramai orang cakap yang dorang ni berlagak je lebih. Okay, benda yang aku cakap memang betol pon sebenarnya. Hehe, budak2 Anggerik jangan marah eh. Mula2, aku dengan kawan2 aku yang dari kelas Melati ni macam kene pulau je kiteorang rasa. Lagi2, bila Musfirah pon pergi pindah sekolah SMK Ideal Height. Sekolah tu yang sepatutnya aku sekolah dulu sebab sekolah tu dekat Selayang. Tapi aku kan pindah. Okay, berbalik kepada cerita asal. Lama2, kiteorang bertiga dah biase dah dekat kelas tu. Sebab kelas tu sebenarnya ade kawan2 lama kiteorang. Aiman rapat dengan kawan2 lama kiteorang dan Ashwan. Farahana rapat dengan geng budak perempuan kelas tu. Aku ? Aku rapat dengan semua orang dalam kelas tu. Cewah, perasan bagos je aku ni :D Tapi memang betol pon. Dalam kelas tu semua aku tegur. Buat2 tak malu je. Aku nak kawan kot. Tapi, aku paling rapat dengan Farahana, Rosnani, Aiman, Ashwan, Zulfiqar, Erica, Barathy dan Arvin la. Dengan budak lelaki dalam kelas tu semua aku rapat. Dorang tu suka buli aku. Mana tak rapatnya kan. Dah hari2 ejek aku, aku bengang la. Then lama2 aku jadi rapat dengan dorang. Dalam kelas Anggerik ni aku sebenarnya banyak luangkan masa dengan budak lelaki, Rosnani dengan Farahana je. Geng budak perempuan tu aku tak berapa rapat la. Aku rasa tak ngam je. Hehe, dah la tu.

Okay, kalau untuk pelajaran. Aku sebenarnya makin malas belajar sejak masuk kelas Anggerik ni. Aku pon tak tahu kenapa. Sepatutnya kalau masuk kelas first mestilah lagi rajin kan ? Ni aku tak, memang dah terbalik sebenarnya. Kerja rumah aku tak semua siap pon. Dah la aku nak PMR tahun ni. Tapi, time belajar aku tumpukan perhatian. Memang masuk la kadang2. Tapi,bab buat homework, ish2, tak pernah yang siap weh. Okay, aku bagitahu benda yang memalukan diri aku. Farahana pulak makin rajin. Yelaa, dia kan rapat dengan geng budak perempuan. Mestilah kene rajin. Tapi dia memang bagos betol la. Lain betol dia sejak masuk kelas Anggerik. Makin rajin, makin pandai weh, and makin baik dengan aku. Sayang kau Farahana <3 And budak2 kelas Anggerik tu ade jugak yang tolong aku dalam pelajaran kalau kau tak tahu. Dorang tak kedekut ilmu. Tu yang aku suka pasal dorang :D Kepada guru kelas, Pn. Lalitha dan cikgu2 yang lain. Terima kasih kerana sudi memberikan ilmu kepada saya. Sayang cikgu <3

OKAY, AKU TERTINGGAL SEORANG LAGI KAWAN AKU. MUHAMMAD NAQIUDDIN FARHAN, THANKS SEBAB SUDI KAWAN DENGAN AKU. KAU LA KAWAN YANG AKU TAKKAN LUPA. KAU LAH KAWAN PALING KURANG AJAR PERNAH AKU JUMPE. APE2 PON, KAU RAPAT DENGAN AKU.AKU SAYANG KAU SEBAGAI KAWAN. #OKAY, PENGAKUAN BERANI MATI NI. MALU LA PULAK --' HEHE :D

Sebenarnya, aku tertinggal lagi seorang 'anak imam' :D Salah satu perasaan macam2 yang aku rasa mase masuk kelas Anggerik tu ialah disebabkan oleh dia. Okay, aku ade kes la dengan dia dulu. Okay, aku memang banyak kali kene bahan dengan budak ni dalam kelas. Dia memang kurang ajar. Dia memang suka malukan aku. Okay, dah. Cerita pasal dia ditutup disini.

Dan, PMR pon dah lepas. Tengah tunggu result je sekarang. Sekolah pon dah habis :D


#Hari ni aku nak cerita pasal aku dan kelas2 sahaja :) Sorry la kalau panjang 'lebar kebawah' sangat.
Nanti aku cerita pasal Best Friends pulak okay :D


Thanks for reading .

No comments:

Post a Comment

UP !